video parody yang paling fakof!
ini adalah video clips parodi lagu friday. kalau anda tak pernah tahu tentang lagu friday yang dinyanyikan oleh rebecca black bermakna anda bukan kipas-susah-mati youtube! kalau anda nak tahu, video clips friday official nya di youtube telah di DISLIKE seramai 3 juta orang! FF tidak menyediakan sekali video clips asal lagu friday ini kerana pihak youtube telah remove dari web nya. sendiri fikir lah berapa fakof nya lagu rebecca black ini.
ok, dibawah ini ada lah lagu friday versi parodi yang seriushit lawak dan hina.
macam HARAM~
ais krim berbentuk pistol (10 gambar)
kalau sekarang ni, banyak ais krim yang bentuk pelik-pelik. kat kedai pun dah ada ais krim Mat Kool berbentuk pisang. FF pernah makan, siap boleh kopek kulit lagi, sebijik macam pisang. tapi ais krim pisang ni boleh makan dengan kulit-kulit nya sekali. kewl kan? macam gud-gud je. tapi kalau pisang betul-betul jangan lah nak test makan kulit nya sekali! wooottt~
ok, kali ni pula tentang ais krim berbentuk pistol. ini lagi kewl. bukan setakat makan, pergi merompak pun boleh dengan menggunakan ais krim ni. awesome! meh tengok gambar meh~
lihat sikap orang jepun dengan LOCENG~

salah satu perkara yang FF respek kat negara jepun ni selain ‘kuat merengeknya‘ ialah tanggungjawab mereka yang tinggi! yup, kalau sebelum ni loji nuklear telah mengalami kebocoran dan telah meningkatkan radiasi. pekerja disana sanggup mempertaruhkan nyawa bagi mengelakkan kebocoran nuklear lebih kritikal. bayangkan la, jika anda kena radiasi tu secara berterusan. alamat nya, hidup anda tidak lama diatas dunia yang fana ini. kalau perkara tu berlaku di Malaysia, tentu sekali semua orang berlari menyelamatkan nyawa masing-masing dengan alasan ‘tidak khawin lagi’. woootttt~
ok, video dibawah ni adalah salah satu sikap orang jepun yang kita boleh lihat. meh tengok meh~
see! dengan bunyikan loceng basikal je orang jepun akan beri laluan tanpa menoleh kebelakang pun. disitu kita sudah nampak sikap bertolak ansur masyarakat jepun.
kat Malaysia ni FF paling benci kalau orang bawak kereta ‘slow and steady‘ tapi dilorong kanan dilebuh raya. bukan setakat buat high beam light je, dengan hon-hon sekali buat. tapi still buat bodoh tanpa rasa bersalah. agak rear mirror dengan side mirror yang diletakkan disetiap kereta tu untuk tujuan tengok muka sendiri bila nak make-up? watefak~
kereta yang terendah didunia
Flatmobile? dari namanya sahaja kita sudah tahu pun mengenai bentuk kereta ini. Jika kereta FIAT Flatout mempunyai ketinggian 56 cm, maka kereta Flatmobile ini tingginya sekitar 48 cm.
Pemilik kereta ini adalah Perry Watkins berasal dari England. Flatmobile dinobatkan sebagai ‘The lowest street legal car oleh Guinness World Records’ juga turut dinobatkan sebagai kenderaan terpendek di dunia yang boleh beroperasi di atas jalan.
Walaupun ketingginya hanya 48 centimeter, tapi Flatmobile mampu meluncur sehingga 130 km/j. Kenderaan ini dikatakan mempunyai sistem enjin yang dibantu oleh tenaga Jet.
kerusi urut bergerak yang memalukan
fuh~ orang jepun ni kalau nak kenakan orang memang macam haram~ korang bayangkan la, betapa canggih nya orang jepun ni sampai nak kenakan orang pun still kreatif! yup, kalau tak percaya, korang tengok la video paling fakof abad ini!
video ini sudah ditapis mengunakan penapis air bio aura yang di iktiraf SIRIM. amat sesuai ditonton untuk golongan bawah umur yang belum akil baligh~
watahel! siap kerusi ada kuasa turbo kot! tak sejuk ke kat tengah-tengah salji tu berbogel? sigh~
fuh~ kalau kat Malaysia ada prank macam ni memang orang yang terkena tu dah mengamuk dah. lepas tu report polis dan upah peguam untuk aktiviti saman-menyaman! apabila isu ni bangkit, dah tentu-tentu sekali melayu orang kuat perkasa campur tangan.
tapi, FF rasa Malaysia tak boleh buat prank fakof macam ni! yela, kebanyakkan kerusi urut yang disediakan untuk orang awam cuma berada di super market. tak kan lah nak buat jugak kat super market kot. agak-agak la~
Perhimpunan 9 Julai: Titah khas Yang di-Pertuan Agong

Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”.
Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.
sources: Malaysiakini
doktor gigi yang agak celaka~
saksikan video untuk orang yang still tak tidur tengah-tengah pagi buta ini! enjoy~

